Sunday, May 24, 2009

Tugasan 2: Ulasan artikel jurnal ilmiah

Artikel 1: Luo, C. 2008. An action research plan for developing and implementing the students’ listening comprehension skills. English Language Teaching 1(1): 25-28.

Artikel 2: Kadakia, M. 2005. Increasing student engagement by using Morrowind to analyze choices and consequences. TechTrends 49(5): 29-32.

Artikel 3: Kosky, C. & Curtis, R. 2008. An action research exploration integrating student choice and art activities in a sixth grade social studies classroom. Journal of Social Studies Research 32(1): 22-27.


Artikel 1 (Luo 2008)

Artikel 2 (Kadakia 2005)

Artikel 3 (Kosky & Curtis 2008)

Sampel kajian

Pelajar tahun 1 dan 2 bagi kursus “Listening Comprehension” di Nationalities University, China.

Pelajar gred 7 bagi matapelajaran “Language Arts and Social Studies” di Cherokee Heights Middle School, Wisconsin, US.

Pelajar gred 6 bagi matapelajaran “Social Studies” di sekolah di West Virginia, US.

Setting kajian

Di dalam dan di luar bilik kuliah

Di dalam bilik darjah

Di dalam bilik darjah

Prosedur kajian

#Persoalan kajian:
1) What is the initial listening ability?

2) How do the new tapes affect the acquisition of listening skill?

3) What do the students do in edveloping their own listening skills?

4) How do they become active listeners?

#Kajian ini akan dilakukan secara kolaboratif dengan seorang lagi guru yang mengajar kursus yang sama. Dua orang guru yang mengajar kursus Bahasa inggeris akan menjadi pengkritik bagi kajian ini.

#Pita rakaman akan disediakan dengan bantuan juruteknik dan menggunakan khidmat guru berbangsa Inggeris untuk merakamkan suara.

#Cadangan kajian tindakan ini akan diajukan kepada Dekan dan dibawa ke dalam mesyuarat fakulti untuk memaklumkan kepada staf lain.

#Borang persetujuan akan diberi kepada pelajar (etika penyelidikan)

#Kajian ini akan dijalankan selama enam bulan (Julai – Januari) melalui empat fasa bermula dengan mengenalpasti fokus kajian, membuat sorotan literatur dan merakam bahan, mengumpul data awal dan akhir, menganalisis data, menyediakan laporan dan merancang tindakan seterusnya.
#Metodologi:

1. Pelajar akan diarah untuk mendengar petikan Bahasa Inggeris dengan teliti di dalam dan di luar kelas dan diberi tugasan mendengar radio atau pita rakaman selepas kelas dan melaporkannya di dalam kelas keesokannya.

2. Pelajar akan disuruh membaca suratkhabar berbahasa Inggeris untuk menambah pengetahuan dan membiasakan mereka dengan pelbagai budaya.

3. Pelajar akan didengarkan bahan yang direkodkan pada kadar 100 patah perkataan seminit di awal kursus untuk membantu mereka menjadi pendengar yang berjaya.

4. Guru akan membincangkan dan menggunakan kemahiran dan strategi tertentu untuk memberi pelajar keyakinan mendengar Bahasa Inggeris.

#Kajian ini dijalankan secara individu.

#Persoalan kajian:-Bagaimana penglibatan pelajar dipengaruhi kurikulum yang menggabungkan budaya yang popular di kalangan pelajar iaitu permainan video. Penglibatan pelajar dalam pembelajaran mempengaruhi pencapaian mereka.

#Kajian ini dijalankan selama tiga hari.

#Metodologi:

Sebelum kajian dijalankan, pelajar membuat perbincangan buku “The Skin I’m In” oleh Sharon Flake mengenai konsep pilihan moral (moral choices) dan akibat (consequences) dan penglibatan setiap pelajar diperhatikan. Tiga konsep pilihan diberi dan pelajar dikehendaki menganalisis konsep tersebut.

Selepas itu aktiviti yang sama dijalankan melalui permainan video Morrowind berbentuk role-playing game (RPG) untuk menganalisis tiga konsep yang sama.

Pelajar mencatat pilihan yang dibuat oleh watak utama RPG serta kesan daripada pilihan tersebut. Kemudian mereka diberi tugasan menulis karangan berbentuk persuasif mengenai pilihan tersebut.

# Kajian ini dilakukan secara kolaboratif antara guru pelatih (penulis pertama) dengan guru pembimbing, dan pensyarah pembimbing (penulis kedua).

#Kajian ini dijalankan selama 20 kali pengajaran.

#Tujuan utama adalah untuk melibatkan pelajar secara aktif dalam pembelajaran mereka. Penglibatan dan motivasi akan memberi kesan terhadap pencapaian mereka.

#Metodologi:

Matapelajaran “Arts” diintegrasikan di dalam pembelajaran “Social Studies” dan diselang-selikan dengan pembelajaran secara tipikal. Melalui pengintegrasian ini, pelajar diberi 3 projek untuk dilaksanakan. Pembentangan projek adalah berdasarkan pilihan pelajar sendiri menggunakan elemen seni seperti lakonan, mencipta lagu atau puisi, melukis komik atau ilustrasi, menulis kisah dongeng, persembahan PowerPoint dan sebagainya.

Pengumpulan data

Data akan dikumpul melalui pra-ujian, temubual, memerhati aktiviti pelajar di dalam kelas, refleksi pelajar, jurnal harian pelajar dan penyelidik (guru kelas), laporan pelajar, pemerhatian oleh pengkritik dan perbandingan dengan kelas mereka, menilai skor pelajar dan dibandingkan dengan kelas lain, melakukan pos-ujian.

Penyelidik (guru) merekod pemerhatian terhadap pelajar dari segi bahasa tubuh (body language), volunteerism, komen dan variasi daripada tingkah laku yang lazim. Penyelidik juga mendapatkan guru kelas lain dan sukarelawan untuk melakukan pemerhatian.

Selepas tiga hari menggunakan RPG, pelajar dikehendaki menjawab beberapa soalan penilaian terhadap penggunaan RPG dalam pengajaran konsep nilai moral (choices and consequences). Respons pelajar diletakkan di bawah empat kategori.

Data dikumpul melalui temubual harian, jurnal pengajaran guru yang mengandungi catatan tahap penglibatan pelajar. Penilaian atas talian Multiple Intelligence dijalankan secara tidak formal di awal kajian. Tinjauan sikap (attitude survey) dilakukan di awal dan akhir kajian. Pelajar juga dikehendaki melengkapkan penilaian “Rate this Lesson” dan maklum balas bertulis.

Gred pelajar berdasarkan pelbagai jenis penilaian seperti rubrik, ujian, kuiz, lembaran tugasan dan sebagainya.

Penganalisisan data

Selepas keputusan pra-ujian, pos-ujian, temubual dan jurnal dikumpul, penyelidik dan pengkritik akan membanding, menganalisis dan menilai data dari awal hingga akhir kajian. Kesimpulan yang diperolehi akan menentukan langkah seterusnya yang akan diambil. Laporan kajian akan diberi kepada Dekan agar pelan tindakan untuk meningkatkan kemahiran mendengar pelajar dapat diimplementasikan.

Catatan yang diambil dikaji semula selepas setiap kelas untuk memperbaiki pengajaran dan menganalisis penglibatan pelajar.

Komen pelajar dianalisis berdasarkan kategori yang ditentukan.

Data dianalisis secara berterusan di mana refleksi daripada analisis itu digunakan untuk merancang pengajaran seterusnya. Berdasarkan skor “Rate this Lesson” dan komen bertulis pelajar, pelajaran dengan markah tertinggi dikumpulkan bersama untuk dinilai faktor kejayaannya. Aktiviti yang tak disukai pelajar akan dikeluarkan dari rancangan pengajaran seterusnya.


*Kajian yang akan dijalankan oleh Luo (2008) (Artikel 1) mengambil masa yang lama iaitu enam bulan yang mungkin akan mengganggu tugas guru. Pengumpulan data melalui pelbagai kaedah mungkin akan memakan masa lapang yang sepatutnya digunakan oleh guru untuk aktiviti lain. Menurut Hopkins (2008), antara kriteria yang dicadangkan kepada guru yang akan membuat kajian tindakan ialah sebarang kajian tidak sepatutnya mengganggu pengajaran mereka. Walau bagaimanapun, Luo (2008) akan memaklumkan kepada Dekan dan staf lain tentang kajian yang akan dilakukan dan oleh itu mungkin kurang mendapat tekanan daripada pihak pentadbiran. Tambahan pula, artikel ini merupakan perancangan (proposal) kajian tindakan yang akan dijalankan oleh Luo dan rakannya, dan mungkin akan dilakukan perubahan berdasarkan keadaan dan refleksi.

*Penyelidik juga dilihat mengambil kira prosedur etika dengan meminta pelajar mengisi borang persetujuan (Hopkins, 2008).

*Setting kajian yang turut melibatkan luar bilik kuliah mungkin akan memberi kesan kepada kesahihan data yang dikumpul. Di samping itu, pelajar yang berasa terbeban dengan tugasan mungkin akan mengambil sikap acuh tak acuh di dalam kajian ini.


*Kajian Kadakia (2005) (Artikel 2) dan Kosky & Curtis (2008) (Artikel 3) pula mempunyai tujuan yang sama iaitu meningkatkan penglibatan pelajar dalam pembelajaran dan seterusnya pencapaian mereka. Walau bagaimanapun, Kadakia (2005) lebih banyak bergantung kepada pemerhatian dan hanya dijalankan selama tiga hari. Mungkin kerana kajian ini adalah kajian pilot (pilot study), oleh itu ianya dijalankan dlam masa yang pendek sahaja. Kosky & Curtis (2008) pula mengumpul data melalui beberapa kaedah dan data yang dianalisis turut ditunjukkan di dalam bentuk graf untuk menunjukkan kesan kajian tindakan yang dijalankan. Oleh kerana ia dijalankan selama dua puluh kali pelajaran dan refleksi dilakukan selepas setiap pelajaran, maka guru berupaya melakukan penambahbaikan untuk pelajaran seterusnya.


*Ketiga-tiga penyelidik menggunakan kaedah pemerhatian dalam pengumpulan data. Laporan pelajar turut dikumpul sebagai data (Hopkins, 2008) dan dianalisis. Mereka turut melibatkan pemerhati/pengkritik untuk mengesahkan data yang dikumpul (Hopkins, 2008). Mereka telah melakukan sorotan literatur yang menyeluruh untuk menyokong fokus kajian yang dipilih dan rasional pemilihannya.



1 comments:

Anonymous said...

Betul ke cara u review artikel ni