Masalah dan Penambahbaikan:
Saya sering berasa kurang yakin untuk untuk menyuarakan pendapat di hadapan orang ramai atau untuk menjadi MC dalam sesuatu majlis. Antara sebabnya adalah saya merasakan kurang ilmu pengetahuan serta kurang persediaan.
Matlamat:
Menjadi individu yang berani dan yakin dengan apa yang disuarakan.
Objektif:
1) Menambahkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang melalui pembacaan dan sebagainya.
2) Meningkatkan keyakinan diri untuk bercakap di khalayak ramai.
Pelan tindakan:
1) Langkah penambahbaikan - Saya akan meningkatkan dan mempelbagaikan bahan bacaan. Sebagai langkah pertama, saya telah meminta salinan contoh teks ucapan daripada seseorang yang berpengalaman menjadi MC/Pengerusi majlis.
2) Pengumpulan data - Membuat refleksi berapa kali pernah bercakap di hadapan orang ramai
- Bertanya pendapat rakan dan persepsi mereka terhadap tahap keyakinan saya
3) Pemantauan & Penilaian - Merekod berapa kali saya menawarkan diri untuk memberi pendapat atau bercakap di hadapan orang ramai
- Menilai tahap keyakinan diri sebelum, semasa dan selepas saya bercakap/memberi pendapat
- Menilai reaksi rakan, pensyarah dan orang ramai sebelum, semasa dan selepas saya bercakap/memberi pendapat
Wednesday, April 29, 2009
Aktiviti Individu 1: Refleksi selepas program BIG II
Posted by Siti Sarah Udzir at 9:28 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment