Saturday, April 25, 2009

Nota 1: Konsep kajian tindakan

Perkembangan Terkini Dalam Kajian Tindakan

- Semua kajian/penyelidikan bertujuan untuk mencipta pengetahuan baru dan menghasilkan teori baru.

- Kajian tindakan bertujuan mencipta pengetahuan baru untuk memperbaiki prestasi kerja individu serta menghasilkan teori baru mengenai proses penambahbaikan tersebut. Kesahihan teori ini akan diuji berdasarkan kenyataan individu tersebut (melalui keterangan dan gambaran) bahawa satu proses penambahbaikan telah berlaku. Oleh yang demikian, kajian tindakan memerlukan komitmen peribadi dan akauntabiliti moral individu yang menjalankan kajian tersebut.

- Oleh kerana kajian tindakan merupakan penyelidikan tentang prestasi seseorang individu, ia tidak boleh digeneralisasikan dan juga direplikasi. Tetapi, ia masih boleh dijadikan sebagai rujukan oleh pihak lain.

- Dalam bidang pendidikan, kajian tindakan adalah usaha yang boleh dilakukan oleh guru untuk memperbaiki amalan P&P untuk mendapatkan hasil terbaik yang memberi faedah kepada dirinya, pelajar, sekolah dan masyarakat.

- Kajian tindakan merupakan proses yang berterusan sehingga matlamat yang dikehendaki tercapai.

- Data kajian tindakan adalah bersifat kualitatif. Walau bagaimanapun, data kuantitatif juga boleh digunakan.


Rujukan:

McNiff, J. 2009. Action research and reflective practice. Kolokium Pascasiswazah FSSK UKM pada 5 Mac 2009 bertempat di Bilik Seminar Utama, FSSK, UKM.

iBestari. 2009. Pendekatan kajian tindakan. http://pembestariansekolah.info/?p=11 [25 April 2009]


Contoh:

Guru mendapati pelajar sukar memahami topik yang diajar kerana lupa topik lepas. Oleh itu guru menyuruh pelajar membuat peta minda bagi topik yang diajar dan dihantar selepas pengajaran topik akan datang. Selepas guru menyemak peta minda tersebut, guru akan memulangkan kepada pelajar untuk penambahbaikan. Dengan itu pelajar akan mempunyai peta minda bagi setiap topik dan akan digabungkan selepas tamat setiap bab.



0 comments: