Saturday, April 25, 2009

Nota 2: Jenis-jenis kajian tindakan

Perkembangan Terkini Dalam Kajian Tindakan

Secara umumnya, terdapat 4 jenis kajian tindakan:

(1) individu

(2) kolaboratif

(3) sekolah

(4) daerah


Creswell (2005) pula mengklasifikasikan kajian tindakan kepada 2 jenis, iaitu:

(1) kajian tindakan amalan (practical action research)

- melibatkan peninjauan tentang amalan guru dalam konteks bilik darjah

- dijalankan melalui dirinya sendiri atau melibatkan rakan sejawat yang mengajar mata pelajaran yang sama (team-based inquiry) dengan memberi fokus terhadap amalan guru dan pembelajaran pelajar

- guru mesti melaksanakan satu pelan tindakan bagi mencapai matlamat beliau sebagai guru penyelidik (teacher researcher)

- model yang digunapakai adalah berdasarkan Kemmis & McTaggart (1988) yang mempunyai 4 elemen yang membentuk satu gelungan, iaitu: mereflek (refleksi terhadap isu P&P yang hendak ditangani), merancang (menyediakan pelan), melaksana (melaksanakan pelan), dan memerhati (memantau kemajuan tindakan yang dijalankan)


(2) kajian tindakan penyertaan (participatory action research)

- melibatkan isu sosial yang menghindar perkembangan pelajar

- guru perlu meninjau latar belakang sosial pelajar dan persekitaran sekolah dengan mengadakan kolaborasi dengan komuniti atau pihak berkepentingan bagi mencari sebab-musabab sesuatu masalah pelajar

- apabila sebab diketahui, guru boleh melaksanakan program perubahan atau pembaikan

- model yang digunapakai adalah daripada Stringer (1999) yang mempunyai 3 fasa bagi setiap gelungan, iaitu: penglihatan (mengumpul, merekod dan menganalisis data untuk memahami isu), pemikiran (mentafsir isu dengan lebih mendalam), dan tindakan (menghasilkan penyelesaian)


Rujukan:

Soon Seng Thah. 2007. Perkembangan terkini dalam kajian tindakan. Kertas kerja Kursus Pemantapan Jurulatih Utama Kajian Tindakan anjuran Unit Penyelidikan Dasar, BPPP, KPM di Langkawi, Kedah pada 5-8 Februari 2007. http://www.arjpnj.com/ktindak/files/kertaskini.pdf [24 April 2009]

Creswell, J.W. 2005. Educational research: Planning, conducting, and evaluating quantitative and qualitative research. Ed ke2. Upper Saddle River, NJ: Pearson Prentice Hall.

Kemmis, S. & McTaggart, R. 1988. The action research planner. Geelong, Victoria, Australia: Deakin University Press.

Stringer, E.T. 1999. Action research. Ed ke2. Thousand Oaks, CA: Sage.

0 comments: