Wednesday, April 29, 2009

Aktiviti kumpulan 1: Refleksi selepas mengikuti kursus Kaedah Mengajar

1. Masalah yang dihadapi:
- kekurangan pengetahuan isi kandungan (content knowledge)
- lemah dalam kawalan kelas
- terlalu bergantung kepada ICT (Powerpoint dan sebagainya)

2. Penambahbaikan/Strategi:
- tingkatkan pembacaan melalui pelbagai media
- pembelajaran sepanjang hayat
- mengambil inisiatif sendiri untuk menyertai kursus, seminar atau membuat bengkel perkongsian maklumat.
- memperbaiki kemahiran komunikasi
- menigkatkan keterampilan guru, memainkan perwatakan sebagai seorang guru yang berkeyakinan dan berilmu pengetahuan
- mempelbagaikan penggunaan BBM untuk menarik perhatian pelajar
- mengaplikasikan teori tingkah laku, teori pengurusan bilik darjah dan teori motivasi
- membuat persediaan awal yang lebih terancang

3. Matlamat:
- menyediakan diri sebagai guru yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berpemikiran kreatif dan kritis

4. Objektif:
- menambahkan pengetahuan dalam sesuatu topik khusus dalam bidang Biologi
- meningkatkan kemahiran pengawalan kelas yang berkesan
- menjana kreativiti untuk menjadikan aktiviti pengajaran lebih menarik

5. Pengumpulan data
- membuat penilaian formatif terhadap pelajar (dari aspek isi kandungan pembelajaran) dari semasa ke semasa
- membuat soalan uji diri yang dapat diperolehi melalui buku-buku rujukan, internet dan sebagainya untuk mengetahui tahap pengetahuan dan penguasaan diri terhadap sesuatu isi kandungan pembelajaran
- membuat soal selidik penilaian guru dari perspektif pelajar

6. Pemantauan:
- membuat refleksi diri dari semasa ke semasa
- membuat ‘checklist’ untuk memastikan setiap langkah penambahbaikan sentiasa dipraktikkan

7. Penilaian
- mendapatkan maklumbalas daripada pelajar dan rakan sekerja tentang penambahbaikan yang dilaksanakan
- meninjau semula dan menilai perkara-perkara dalam ‘checklist’ penambahbaikan berdasarkan data yang diperolahi untuk mengenalpasti masalah atau pencapaian yang diperolehi.


Disediakan bersama:
Assarah Ahmad Suki
Wong Wan Heng

Aktiviti Individu 1: Refleksi selepas program BIG II

Masalah dan Penambahbaikan:
Saya sering berasa kurang yakin untuk
untuk menyuarakan pendapat di hadapan orang ramai atau untuk menjadi MC dalam sesuatu majlis. Antara sebabnya adalah saya merasakan kurang ilmu pengetahuan serta kurang persediaan.

Matlamat:
Menjadi individu yang berani dan yakin dengan apa yang disuarakan.

Objektif:
1) Menambahkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang melalui pembacaan dan sebagainya.
2) Meningkatkan keyakinan diri untuk bercakap di khalayak ramai.


Pelan tindakan:
1) Langkah penambahbaikan - Saya akan meningkatkan dan mempelbagaikan bahan bacaan. Sebagai langkah pertama, saya telah meminta salinan contoh teks ucapan daripada seseorang yang berpengalaman menjadi MC/Pengerusi majlis.

2) Pengumpulan data - Membuat refleksi berapa kali pernah bercakap di hadapan orang ramai
- Bertanya pendapat rakan dan persepsi mereka terhadap tahap keyakinan saya

3) Pemantauan &
Penilaian - Merekod berapa kali saya menawarkan diri untuk memberi pendapat atau bercakap di hadapan orang ramai
- Menilai tahap keyakinan diri sebelum, semasa dan selepas saya bercakap/memberi pendapat
- Menilai reaksi rakan, pensyarah dan orang ramai
sebelum, semasa dan selepas saya bercakap/memberi pendapat

Saturday, April 25, 2009

Nota 2: Jenis-jenis kajian tindakan

Perkembangan Terkini Dalam Kajian Tindakan

Secara umumnya, terdapat 4 jenis kajian tindakan:

(1) individu

(2) kolaboratif

(3) sekolah

(4) daerah


Creswell (2005) pula mengklasifikasikan kajian tindakan kepada 2 jenis, iaitu:

(1) kajian tindakan amalan (practical action research)

- melibatkan peninjauan tentang amalan guru dalam konteks bilik darjah

- dijalankan melalui dirinya sendiri atau melibatkan rakan sejawat yang mengajar mata pelajaran yang sama (team-based inquiry) dengan memberi fokus terhadap amalan guru dan pembelajaran pelajar

- guru mesti melaksanakan satu pelan tindakan bagi mencapai matlamat beliau sebagai guru penyelidik (teacher researcher)

- model yang digunapakai adalah berdasarkan Kemmis & McTaggart (1988) yang mempunyai 4 elemen yang membentuk satu gelungan, iaitu: mereflek (refleksi terhadap isu P&P yang hendak ditangani), merancang (menyediakan pelan), melaksana (melaksanakan pelan), dan memerhati (memantau kemajuan tindakan yang dijalankan)


(2) kajian tindakan penyertaan (participatory action research)

- melibatkan isu sosial yang menghindar perkembangan pelajar

- guru perlu meninjau latar belakang sosial pelajar dan persekitaran sekolah dengan mengadakan kolaborasi dengan komuniti atau pihak berkepentingan bagi mencari sebab-musabab sesuatu masalah pelajar

- apabila sebab diketahui, guru boleh melaksanakan program perubahan atau pembaikan

- model yang digunapakai adalah daripada Stringer (1999) yang mempunyai 3 fasa bagi setiap gelungan, iaitu: penglihatan (mengumpul, merekod dan menganalisis data untuk memahami isu), pemikiran (mentafsir isu dengan lebih mendalam), dan tindakan (menghasilkan penyelesaian)


Rujukan:

Soon Seng Thah. 2007. Perkembangan terkini dalam kajian tindakan. Kertas kerja Kursus Pemantapan Jurulatih Utama Kajian Tindakan anjuran Unit Penyelidikan Dasar, BPPP, KPM di Langkawi, Kedah pada 5-8 Februari 2007. http://www.arjpnj.com/ktindak/files/kertaskini.pdf [24 April 2009]

Creswell, J.W. 2005. Educational research: Planning, conducting, and evaluating quantitative and qualitative research. Ed ke2. Upper Saddle River, NJ: Pearson Prentice Hall.

Kemmis, S. & McTaggart, R. 1988. The action research planner. Geelong, Victoria, Australia: Deakin University Press.

Stringer, E.T. 1999. Action research. Ed ke2. Thousand Oaks, CA: Sage.

Nota 1: Konsep kajian tindakan

Perkembangan Terkini Dalam Kajian Tindakan

- Semua kajian/penyelidikan bertujuan untuk mencipta pengetahuan baru dan menghasilkan teori baru.

- Kajian tindakan bertujuan mencipta pengetahuan baru untuk memperbaiki prestasi kerja individu serta menghasilkan teori baru mengenai proses penambahbaikan tersebut. Kesahihan teori ini akan diuji berdasarkan kenyataan individu tersebut (melalui keterangan dan gambaran) bahawa satu proses penambahbaikan telah berlaku. Oleh yang demikian, kajian tindakan memerlukan komitmen peribadi dan akauntabiliti moral individu yang menjalankan kajian tersebut.

- Oleh kerana kajian tindakan merupakan penyelidikan tentang prestasi seseorang individu, ia tidak boleh digeneralisasikan dan juga direplikasi. Tetapi, ia masih boleh dijadikan sebagai rujukan oleh pihak lain.

- Dalam bidang pendidikan, kajian tindakan adalah usaha yang boleh dilakukan oleh guru untuk memperbaiki amalan P&P untuk mendapatkan hasil terbaik yang memberi faedah kepada dirinya, pelajar, sekolah dan masyarakat.

- Kajian tindakan merupakan proses yang berterusan sehingga matlamat yang dikehendaki tercapai.

- Data kajian tindakan adalah bersifat kualitatif. Walau bagaimanapun, data kuantitatif juga boleh digunakan.


Rujukan:

McNiff, J. 2009. Action research and reflective practice. Kolokium Pascasiswazah FSSK UKM pada 5 Mac 2009 bertempat di Bilik Seminar Utama, FSSK, UKM.

iBestari. 2009. Pendekatan kajian tindakan. http://pembestariansekolah.info/?p=11 [25 April 2009]


Contoh:

Guru mendapati pelajar sukar memahami topik yang diajar kerana lupa topik lepas. Oleh itu guru menyuruh pelajar membuat peta minda bagi topik yang diajar dan dihantar selepas pengajaran topik akan datang. Selepas guru menyemak peta minda tersebut, guru akan memulangkan kepada pelajar untuk penambahbaikan. Dengan itu pelajar akan mempunyai peta minda bagi setiap topik dan akan digabungkan selepas tamat setiap bab.