Tuesday, May 12, 2009

Nota 3: Pengurusan Perubahan dalam Pendidikan

Konsep perubahan dalam pendidikan:
- bidang pendidikan telah, sedang dan akan menjadi faktor utama menyediakan manusia menghadapi cabaran masa depan -> dinamik, oleh itu perubahan tidak dapat dielakkan

4 jenis perubahan:
1) Perubahan ke arah peningkatan (enhancement) - melibatkan komponen tertentu dalam organisasi
2) Perubahan strategik organisasi - melibatkan keseluruhan organisasi kerana perubahan persekitaran
3) Perubahan reaktif - akibat tindak balas langsung daripada pelanggan atau pihak berkepentingan
4) Perubahan akibat daripada jangkaan - dilakukan atas kesedaran pihak pengurusan, bukan atas desakan pelanggan dsb.

Perubahan adalah kompleks - dikaitkan dengan proses:
1) evolusi = perubahan yang menghasilkan kesan yang sedikit dalam tempoh yang panjang; menyebabkan perubahan yang ketara dalam status quo
2) revolusi = perubahan yang pantas; meninggalkan kesan yang membinasakan
-> kompleksiti perubahan memberi maklumat tentang perubahan dan tindakan untuk megimplementasi perubahan.

Perubahan itu multidimensi - 6 dimensi yang perlu difahami:
1) tujuan perubahan - untuk mengadakan penambahbaikan terhadap sesuatu keadaan atau sistem
- melibatkan 2 jenis pindaan: (i) perubahan peringkat pertama (1st order change) -> perubahan dibuat untuk => kembali ke keadaan asal yang diinginkan; => peningkatan pencapaian sesuatu tanpa mengubahnya; dan (ii) perubahan peringkat kedua (2nd order change) -> melibatkan pindaan drastik dalam aspek sesuatu sistem
2) unit perubahan -> merujuk fokus utama sesuatu perubahan iaitu daripada unit yang kecil (individu) hingga unit yang besar (organisasi)
3) sifat perubahan -> untuk mengubah unit yang besar mesti dimulakan dengan unit yang kecil
4) magnitud perubahan -> merujuk sejauh mana perubahan yang dirancang akan diimplementasi
5) skop perubahan -> sejauh mana perubahan dapat ditentukan dengan menggunakan instrumen penilaian
6) jangkamasa perubahan -> jangkamasa mempengaruhi keberkesanan perubahan
=>Kottler (2001) - 3 jenis perubahan: (i) perubahan secara spontan tidak memberi kesan mendalam; (ii) perubahan minima dikecapi setelah menghadapi tentangan awal; (iii) perubahan berterusan merupakan perubahan yang stabil, progresif dan kekal

4 model perubahan:
1) Model Penggabungan Roger = proses inovasi bermula apabila masalah atau keperluan dikenalpasti => penyelidik menyiasat melalui eksperimen dan ciptaan yang banyak => menghasilkan inovasi
2) Model Kanter = struktur dan inovasi boleh difahami dengan lebih baik jika proses inovasi dibahaikan kepada beberapa tugas utama: (i) penjanaan idea; (ii) membina idea; (iii) merealisasikan idea; dan (iv) pemindahan idea
3) Model Rand = untuk menentukan faktor penyebab atau penghalang perubahan pendidikan
- 3 langkah proses perubahan di sekolah (Berman & McLaughlin, 1978): (i) daya usaha (initiative); (ii) implementasi; dan (iii) penggabungan
4) Moel ACOT (Apple Classroom of Tomorrow) = kajian pengenalan komputer dalam bilik darjah
- 5 langkah perubahan dalam proses P&P: (i) kemasukan (entry); (ii) memilih (adaptation); (iii) menyesuaikan (adaptation); (iv) penggunaan (appropriation); dan (v) merekacipta (invention)

0 comments: