Hopkins, D. 2008. A teacher’s guide to classroom research. Ed. ke-4. Berkshire: Open University Press.
1. Konsep kajian tindakan
Kajian tindakan menggabungkan satu tindakan yang mempunyai kepentingan dengan satu prosedur kajian. Ia merupakan tindakan bersifat individu dan berasaskan inkuiri yang bertujuan untuk melaksanakan proses penambahbaikan dan perubahan. Kajian tindakan yang paling mudah dilakukan oleh guru adalah kajian bilik darjah (classroom research), dan proses P&P adalah dasar kepada kajian bilik darjah.
2. Mengapa guru perlu buat kajian tindakan
Guru perlu membuat kajian tindakan untuk meningkatkan pengajarannya atau rakan setugas, untuk menguji teori pendidikan secara praktikal, atau untuk menilai dan melaksanakan prosedur sekolah. Dengan membuat kajian tindakan, guru akan lebih bertanggungjawab terhadap tindakan mereka dan mewujudkan persekitaran yang bersesuaian untuk proses P&P. Guru juga perlu membuat kajian tindakan untuk meningkatkan profesionalisme guru kerana melalui kajian untuk memperbaiki diri akan menjadikan guru lebih profesional dalam tindakan mereka.
Bagaimanapun, terdapat 6 kriteria yang dicadangkan kepada guru yang akan membuat kajian tindakan:
i) Tugas utama guru adalah mengajar, oleh itu sebarang kajian tidak sepatutnya mengganggu pengajaran mereka. Dengan itu guru perlu menunjukkan pertimbangan sewajarnya dalam melaksanakan sebarang kajian di dalam bilik darjah.
ii) Kaedah pengumpulan data tidak terlalu menuntut masa guru itu sehingga mencuri masa yang sepatutnya digunakan untuk persediaan dan sebagainya.
iii) Metodologi yang digunakan mesti berkeupayaan membolehkan guru membuat hipotesis dan membangunkan strategi yang boleh digunapakai di dalam bilik darjah.
iv) Guru mestilah komited terhadap fokus kajian yang telah dipilih memandangkanmereka akan menerima banyak tekanan dari segi masa, pihak pentadbiran dan sebagainya, untuk mengekalkan momentum seterusnya menamatkan kajian mereka.
v) Memberi perhatian kepada prosedur etika yang terlibat.
vi) Meluaskan kajian yang dilakukan di dalam bilik darjah ke seluruh sekolah untuk peningkatan pelajar dan juga staf sekolah.
3. Reka bentuk kajian tindakan
a. Model – terdapat beberapa model kajian tindakan yang boleh digunapakai:
i) Kemmis’s action research spiral– model ini dikatakan terlalu ringkas dan boleh menimbulkan tanggapan bahawa proses kajian tindakan adalah sesuatu yang mudah dan jelas.
ii) Elliott’s action research model – lebih mendalam berbanding model Kemmis serta menunjukkan proses yang terlibat adalah lebih sukar dan ‘reconnaissance’ (tinjauan awal untuk mendapat idea umum) perlu sentiasa dilakukan.
iii) Ebbutt’s model – proses kajian tindakan adalah kitaran berturutan di mana maklumbalas boleh berlaku di dalam dan di antara kitaran tersebut.
iv) McKernan’s action research model – memperkenalkan model ‘proses masa’ yang menyarankan agar ‘masalah’ kajian tindakan ini tidak menjadi terlalu terikat dengan masa.
b. Sampel / participant – sampel kajian secara umumnya terdiri daripada para pelajar dan beberapa kajian mencadangkan penyertaan aktif pelajar di dalam kajian lebih membantu proses transformasi yang diingini dan pelajar ini bertindak sebagai penyelidik bersama (co-researcher).
c. Setting kajian – di dalam bilik darjah dan di sekolah.
4. Prosedur kajian tindakan
a. Memilih fokus – fokus kajian tidak semestinya bermula dengan masalah, sebaliknya dengan idea tentang sesuatu yang boleh diperbaiki/ditambahbaik. Fokus kajian yang dipilih mestilah sesuatu yang boleh diubah/diperbaiki (viable), berskala kecil dengan isu yang terhad dan berkepentingan kepada guru atau murid, serta berkaitan secara langsung atau tidak dengan P&P dan matlamat sekolah. Pemilihan fokus boleh dilakukan dengan melihat jurang pelaksanaan (praktikal dan teori) atau melalui pengalaman guru.
b. Membina hipotesis – mendefinisikan dengan jelas dan tepat permasalahan yang ingin dikaji, iaitu fokus yang telah dipilih/ditetapkan. [Hipotesis yang dimaksudkan di dalam buku ini sebenarnya mempunyai maksud yang berbeza dengan hipotesis yang biasa diformulasikan di dalam kajian eksperimental. Ia lebih bertujuan menjelaskan fokus yang telah dipilih.]
c. Mengumpul data
d. Menganalisis data
e. Melaporkan hasil kajian – segala data yang dikumpul dan dianalisis perlu didokumentasikan supaya ia boleh digunakan/direplikasi dalam situasi lain, dan tindakan yang diambil dipantau. Langkah-langkah melaporkan hasil kajian adalah:
i) Menulis laporan – memilih format dan stail yang sesuai dengan sasaran pembaca; pendek tetapi padat (maklumat terperinci diletakkan di dalam lampiran). Garis panduan umum adalah seperti berikut:
· Statement of intent
- clarify purpose
- rationale
· Procedures and process
- research design
- techniques of data collection
- verification of concepts
- what actually occurred
· Results and implementation
- outcomes of research
- theoretical implications
- action taken as a result
- evaluation of action
· Meta-analysis
- review whole process
- conclusions as to the usefulness of the research
- what would you do differently next time?
i) Menilai laporan kajian – untuk memastikan isi kandungan laporan itu jelas dan menjadikannya formatif, iaitu mampu membentuk pengetahuan.
ii) Menyebarkan hasil kajian – berkongsi hasil kajian dalam sekolah melalui mesyuarat staf, perbincangan tak formal dan sebagainya. Penyebaran lebih meluas boleh dilakukan melalui jaringan sekolah dan internet.
5. Pengumpulan dan penganalisisan data
a. Instrumen kajian dan teknik pengumpulan data
i. Pemerhatian (observation) – melibatkan kolaborasi dengan rakan setugas di mana salah seorang akan memerhati dan menilai proses P&P rakannya. Terdapat dalam bentuk terbuka (pemerhati hanya mencatat isi penting), fokus (kedua-dua guru memilih satu topic/isu fokus), berstruktur (menggunakan sistem penyelarasan (tally system) atau diagram), sistematik (menggunakan skala pengkodan (coding scales) apabila terdapat beberapa tingkahlaku yang hemndak direkodkan)
ii. Catatan lapangan (field notes) – merupakan catatan selepas setiap pelajaran, yang merangkumi refleksi kendiri, pemerhatian dan reaksi terhadap masalah di dalam bilik darjah.
iii. Rakaman audio (audiotape recording) – transkrip daripada rakaman audio berkesan jika guru inginkan rekod yang spesifik dan tepat. Walau bagaimanapun, mentranskrip rakaman mengambil masa yang lama.
iv. Diari/buku log murid – boleh memberikan pandangan berbeza daripada perspektif murid, tetapi murid perlu berasa yakin dan selamat untuk menulis secara bebas tentang guru dan sekolah.
v. Temubual – boleh dilakukan di antara guru-murid, pemerhati-murid, murid-murid dan guru-pemerhati.
vi. Rakaman video dan kamera digital – boleh memberikan gambaran yang tepat dan maklumbalas untuk menambahbaik kaedah pengajaran dan sebagainya.
vii. Soal-selidik – kaedah yang mudah dan cepat untuk mendapat maklumat daripada murid, tetapi pembentukan soalan perlu sesuai dengan tahap murid.
viii. Sosiometri – teknik menilai struktur emosi dan sikap murid dalam kumpulan bilik darjah.
ix. Bukti dokumentari (documentary evidence) – termasuk memo, surat, kertas peperiksaan, keratan akhbar dan sebagainya boleh memberikan maklumat latarbelakang isu yang dikaji.
x. Lukisan/lakaran murid – seperti buku log/diari murid, teknik ini memberikan maklumat tentang persepsi dan pengalaman murid dalam P&P.
xi. Pemetaan proses perubahan di sekolah (mapping the process of change in school) – melibatkan 2 peringkat iaitu individu (guru) dan institusi (sekolah). Kedua-dua peringkat ini menyumbang kepada pembangunan dan perubahan tingkahlaku murid.
b. Teknik penganalisisan data
Menganalisis data kualitatif sering menimbulkan masalah kerana belum ada kaedah yang jelas untuk mentafsir data tersebut. Apa yang perlu dilakukan ialah membina makna daripada data yang dikumpul dengan:
- menyusun data mengikut jenis/kategori, daripada terperinci kepada umum (daripada descriptive kepada explanatory, daripada concrete kepada abstrak): (1) noting patterns/themes; (2) seeing plausibility; (3) clustering;
- membuat integrasi antara data yang berbeza: (4) making metaphors;
- melihat data yang telah dimiliki/dikumpul: (5) counting;
- menambah kefahaman:(6) making contrasts/comparisons;
- melihat perkaitan antara data secara abstrak: (7) partitioning variables; (8) subsuming (menggolongkan) particulars into general; (9) factoring; (10) noting relations between variables; (11) finding intervening variables;
- membuat pemahaman data secara sistematik dan coherent: (12) building a logical chain of evidence; dan (13) making conceptual/theoretical coherence.
6. Kebolehpercayaan dan kesahan kajian tindakan (reliability & validity)
Kebolehpercayaan dan kesahan adalah dua perkara yang menentukan kualiti sesuatu kajian. Ia boleh dinilai melalui:
- melihat data yang paling boleh dipercayai: (1) checking for representatives; (2) checking for researcher effects on the case and vice versa; (3) triangulating across data sources and methods; (4) weighting the evidence;
- melihat corak data yang berbeza daripada normal: (5) checking the meaning of outliers; (6) using extreme cases; (7) following up surprises; (8) looking for negative evidence;
- membandingkan teori kajian sendiri dengan teori penyelidik lain : (9) making if-then tests; (10) ruling out spurious relations; (11) replicating findings; (12) checking out rival explanations;
- mendapat maklumbalas daripada subjek sendiri: (13) getting feedbacks from informants.
7. Etika kajian tindakan (research ethics)
Terdapat 6 prinsip etika dalam menjalankan kajian:
i) Kajian direka dan dijalankan untuk mengekalkan integriti dan kualiti.
ii) Staf dan subjek yang terlibat perlu dimaklumkan sepenuhnya berkenaan tujuan, kaedah kegunaan, penglibatan, risiko (jika ada) dan sebagainya.
iii) Menghormati kerahsiaan maklumat dan identity subjek.
iv) Penyertaan subjek adalah atas kesediaan sendiri dan tidak dipaksa.
v) Mengelakkan sebarang kemudaratan kepada subjek.
vi) Kebebasan kajian perlu jelas, dan sebarang konflik kepentingan atau ssebagainya mesti diterangkan dengan jelas.
Garispanduan di atas adalah secara umum dan guru mempunyai kebebasan mentafsirnya mengikut keperluan kajian, tetapi masih berpegang kepada prinsip yang digariskan.
8. Penilaian Keseluruhan terhadap buku ini
Buku ini adalah sebuah buku yang sesuai dijadikan bahan rujukan dan patut dimiliki oleh guru-guru yang ingin menjalankan kajian tindakan. Ia memberikan panduan dan penerangan yang , menyeluruh dan terperinci, berserta contoh-contoh kajian yang telah dijalankan. Juga terdapat bab yang menyentuh pembangunan profesionalisme guru dan panduan P&P.
0 comments:
Post a Comment