Tuesday, May 12, 2009

Nota 4: Kajian kepustakaan/Sorotan literatur

Kajian kepustakaan/tinjauan literatur/sorotan literatur (literature reviews)

Definisi:
= sorotan ke atas bahan-bahan literatur seperti buku, jurnal, artikel seminar dan laporan, yang dilakukan secara kritikal ke atas isi-isi penting.
= penelitian terhadap kajian terdahulu, dirancang untuk merapatkan penyelidik dengan maklumat tertentu yang relevan dengan topik yang diselidiki (Sulaiman t.th.).
= menurut Wiersma (1995), ia adalah satu proses sistematik yang memerlukan pembacaan dan perhatian kepada butiran yang terperinci (Nik Azis 2007).
= menurut Creswell (2005), ia membabitkan kesimpulan bertulis tentang artikel dalam jurnal, buku, dan dokumen lain yang menjelaskan maklumat lepas dan semasa, menyusun literatur dalam topik tertentu, dan mendokumenkan keperluan bagi kajian yang dicadangkan
(Nik Azis 2007).

Tujuan:
- menurut Leedy & Ormond (2005) dan Tuckman (1999), ia memenuhi 2 tujuan utama:
(1) menjustifikasikan kepentingan soalan kajian
(2) membekalkan rasional bagi tujuan kajian dan soalan atau hipotesis kajian
(Nik Azis 2007).

Bagaimana mengulas bahan sorotan yang diperolehi?
Terdapat 5 langkah untuk mengulas bahan sorotan:
1. Membandingkan dan membezakan
- mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa.
- digunakan apabila terdapat lebih daripada satu ciri atau kemungkinan
2. Menganalisis
- mengolah maklumat dengan huraiannya kepada bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat
- untuk mengenali bahagian-bahagian, memahami hubungkait antara bahagian dan kenali prinsip yang terlibat
3. Menilai
- membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara daripada segi kebaikan atau keburukan berdasarkan bukti atau dalil yang sah
- untuk membuat keputusan bagi memilih sesuatu, atau menerima atau menolak sesuatu idea
4. Membuat kesimpulan
- membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan sesuatu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan
- untuk membuat keputusan, menerangkan sesuatu, meramal dan menyokong pernyataan
5. Mensintesis
- menggabungkan idea, unsur, item dan perkara yang berasingan untuk hasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk penyataan, esei, lukisan.


Rujukan:
Nik Azis Nik Pa. 2007. Kualiti tinjauan literatur bagi penyelidik dalam pendidikan matematik oleh pelajar ijazah tinggi. Jurnal Pendidikan 27(1): 7-18.
Sulaiman Masri. t.th. Teknik penulisan ilmiah.
http://www.tutor.com.my/tutor/pix/2001/0709/DuniaPendidikan/Kertas_Kerja/kk_01.PDF [13 Mei 2009]

2 comments:

a.t.u.l.a.s.c.a. said...

salam...

testing3...
akhirnya...dapat jg komen...

nice entries kak...saye slalu jadikan blog akk as rujukan...tQ cgu sarah:)

zarifahmr said...

salam..mintak izin ikut belog akak ye. sangat2 berguna untuk penulisan tesis saye ;)